Assalamualaikum,
Woahh, lama seh tak update blog. Eceh bajet ada followers ke? LOL. Aku penah bagitau yang kalau aku dah tak selalu tulis kat blog ni means aku dah move on. Tapi adakah dengan tidak menulis di blog menunjukkan anda sudah move on? Tak semestinya. Tapi at least aku dah slow down activities lovey dovey haktuih ni. Kental babe!
Enough about that, let's get serious. Kat sini ada satu entri yang dikirim melalui email untuk aku postkan kat blog aku yang pathetic plus lame ni. Tak sangka ada orang baca blog aku. Kagum!! Haha. Entri dia panjang sikit so kalau nak baca make sure banyak masa lapang.
Here it goes....
================================================================
6 tahun lepas aku bertemu dengan seorang
lelaki yang baik sangat. Dia pelik. Dia pendiam. Dia juga seorang yang tekad. Kawan2
dia semua kata dia pelik. Tapi di hati aku, lelaki ni sangat istimewa. Pada awal
perkenalan kami, dia xlayan aku, dia marah aku tapi dia tak pun ucapkan kate2 yg boleh
menyakitkan hati aku.
Aku mula tertarik dengan sikapnya. Bagi
aku, dia bukan jenis lelaki yang melayan perempuan sesuka hati. Pada saat
itu, aku mulai menghubungi nya. Makin lama makin kerap. Bila dia sakit aku
risau. Aku tanya dah makan? dah makan ubat ke? ada ubat ke tak? dia cakap takda. Aku pun
beria2 nak bg dia ubat. Hahaha, pelik kn? Padahal kami bukan kenal sangat. Pada
masa tu aku anggap dia mcm kwn biasa sebab aku baru saja frust dgn ex bf aku.
Lupa pulak nak bagitau, aku kenal dia daripada
kawan aku. Kawan aku ckp ada budak tuisyen dia sama kolej dgn aku, jadi dia pun bg number budak
lelaki ni (lelaki yg aku kenal nie la). Tak lama lepas 2…aku pun makin rapat dengan
dia, kami jumpa di library, di dewan kuliah, di kelas tutorial tapi kami xsama
kelas tau. Hehe. Masa tu aku mcm dah tersuka pulak dgn dia…dia baik..dia ambil
berat. Kami pun berkawan, dia selalu ajak makan sama2..
Satu hari tu, nak dijadikan cerita, ada budak kuliah dia sama sekolah dgn aku dan kenal aku. Dia kirim coklat kat aku melalui budak kuliah dia tu. Dia nak
ucapkan terima kasih atas ambil berat aku pada dia. Mula tu aku taknak terima, aku pulangkan
balik. Huhu…Lawak berape kali tah coklat tu pergi balik pergi balik. Last2 aku
terima. Aku tanya dia kenapa dia bg coklat 2 kat aku, pulak tu dia bg coklat kegemaran aku, Cadbury kosong. Aku minat coklat kosong…hehehe…dia tetap taknak bagi tau sebab. Aku ckp kat
dia kalo dia taknak bg tau aku kenapa, aku taknk makan coklat tu. Last2 dia
mengalah, gentlemen la kn…hehehe…dia ckp dia suka kat aku. Mulanya aku mcm ragu2 n
tolak tapi di sebabkan aku terharu dgn kesungguhan dia menerima aku n membalut luka
aku nie, aku pun terima dia. Aku masih ingat lagi, nota warne pink..dia gunting jadi origami
bentuk love yg tertulis "can u accept me?" Dia selitkan dalam
coklat yg dia bagi tu. Alu terharu sangat.
Lama2 aku bertambah sayang pada
dia. Bukan lagi sebab terpaksa tapi kali ni aku rela. Tiap kali outing, kami keluar sama, pergi
ke Bandar, nek bus…hehehe…maklumla tempat kami belajar tu, kampung, tak byk tempat sgt nk pergi, kami balik rumah pun sama2 nek bus then
train. Kami jenjalan makan nasi ayam kegemaran dia. Aku rindu sgt waktu
itu…hurmm…
Dia suka beri kejutan kat aku. Dia bagi aku
cincin, rantai, gelang, brooch tapi semua tu aku tak mintak pon. Bagi aku, aku cukup
bahagia dgn dia. Dia bantu aku belajar math, sebab aku tak berape pandai
math..hehehe..Alhamdulillah, aku dpt jwb math dgn baik…lulus…hehehe..jadilah.
Kami sama2 tamat kolej, then aku dapat masuk
university kat arau dan dia pulak dekat johor…hurm…jauh kan…tapi kami tetap bersama, aku
percayakan dia tapi kadang2 hati perempuan nie kuat cemburu, curiga…hmm…tapi dia byk
bersabar. Walaupun dia xpandai nk pujuk aku, aku tetap syg sgt pada dia..
Masuk je university, aku pun belajar la
bersungguh2, dia pun mcm tu. Masa mula2 masuk U, aku ingat lagi aku nk ajak dia masuk
palapes, tapi akhirnya aku xjadi sebab tak tahan, tapi dia dpt..hehehe..kuatkan dia? Tahan
lasak, He is my hero, I love him..hmm…Bila dia dah masuk palapes, dia mula sibuk. Cuti
semester je, dia mesti ada latihan. Aku selalu merajuk tapi dia tetap sabar dgn aku. Bila balik
je dia akan ajak aku keluar jenjalan. Kami bukan pergi mana pun. Setakat KL central, Mid Valley, Jalan TAR tak pun skali2 KLCC or Times Square.
Hari demi hari, tahun demi tahun, dia
bersabar dgn semua kerenah aku yg mcm2 nie. Thanks ayg, I love u…so much..so
deep…hehehe…aku tau dia sayang aku..dia sangat memahami.. Cuma aku…hmm…aku nie mcm tak reti nk hargai dia. Aku terlalu sayangkan dia, aku takut kehilangan dia. Dia
memang ramai kawan perempuan. Bila dia masuk palapes, lagi ramai kawan2
perempuan dia, sedangkan aku…hmm..
Tapi dia tetap setia. Selama 5tahun kami
bersama dia tetap sygkan aku. Aku adalah manusia yg paling gembira. Dia ada suruh aku
berubah tapi aku syg dia, aku tak leh kawal perasaan aku utk xcemburu utk
xprasangka, utk xmerajuk bila dia sentiasa bz, xada masa dgn aku. Aku tau dia
sibuk tapi naluri aku nie jahat.
Sampai la satu hari, aku rasa terguris sgt
dia keluar dgn girl lain. Girl tu adik kpd kawan palapes dia. Budaknya cantik,
baik dan pandai menghias diri. Aku seakan tergugat, mmg aku dah pon tergugat. Girl tu
dah pun mencuri hati lelaki yg aku sayang dan kini aku sedang meratapi semua
kesalahan aku dan sikap aku yg dulunya tak menghargai dia Tapi bagi aku, aku sayang sgt
kat dia. Apa yg aku buat semua nak kn perhatian daripada dia. Tiap saat aku sms
dia. Aku call dia boleh kate tiap mlm tapi dia rimas kot…hm…
Aku dah cuba merayu kat dia, aku pujuk
dia. Aku ckp aku syg sgt kat dia. Dia dah xendahkan semua rayuan aku. Dia kata “Dah
terlambat, kau paham x aku dah xnk kau, kau tolong lepaskan aku, aku sekarang dengan **** (girl tu), tu yg kau nk sgt kn., dulu kau yg mintak putus..haaa sekarang…” sebak betul
hati aku. Org yg kite syg dah xperlukan kite lagi kat sisi dia…hmm…aku mcm dah xnk
hidup lagi kat dunia nie…mak aku pon kesian tgk aku… mak xleh nk buat apa..tgk je
la…
Aku cuba nak lupakan dia tapi makin aku
cuba, makin syg. Aku syg dia…seriously…hmm...Tapi apa boleh buat nasi dah jadi
bubur…walaupun aku suke sangat mkn bubur kn (motif?)…hehehe...Hmm aku cube lawan hati aku
nie. Byk kwn2 membantu tp cinta itu buta kan. Aku pun jd buta sbb syg sgt pada
org tu. Maruah aku dah macam xada nilai dah. Merayu menangis pada dia pun dah xada
nila. Dia kate dah terlambat…hmm…aku hanya ditemani air jernih di pipi aku tiap kali
aku kecewa dgn semua nie. Tiap kali sujud, aku berdoa kpdNya, kembalikan lah dia
pada ku jika dia jodohku, tapi jika tidak, maka Kau tabahkan la hati ku, kikiskanlah pesonanya di mataku, bimbing la
hatiku ke jalan yg Engkau redhai…Amin Ya Robbal Alamin….hm….Aku kini mcm hilang
arah tanpa dia di sisi, hidup sunyi, tak bererti tapi Allah itu Maha adil. Dia tahu
apa yg terbaik buatku. Mungkin ini dugaan buatku supaya aku sujud dan lebih
mengingati diriNYA..
“Sesuatu yang baik dan indah untuk
kita, boleh jadi ianya amat buruk dan teruk disisi ALLAH S.W.T…bahkan sesuatu
yang buruk dan teruk untuk kita…bahkan ianya amat baik dan indah disisi ALLAH
S.W.T”. Sesungguhnya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita
semua…Wallahua’lam…..
Kwn2 yg bace cerita ini…tolong sama-sama
doakan kekuatan untuk aku menghadapi semua ini…aku masih lagi mengharapkan
kepulangan lelaki yang bertakhta di hati aku selama 5tahun nie…aku xpernah
menggantikan mana-mana lelaki lain di takhta itu tetapi sekarang mungkin aku
perlu belajar menurunkan dia dari takhta itu…hm.. Aku seakan tidak dpt menerima
kenyataan. Walaupun tahu kebenaran yang sebenar. Sesal dulu pendapatan, sesal
sekarang dah xada gunanya. Macam tu lah nasib aku jika diibaratkan.
Aku seakan menyeru semangat yang hilang
setelah hati aku hancur dengan pengakuan dia bersama perempuan itu. Aku
terpakse pergi, dia dah xperlukan aku disisinya lagi. Aku dah jadi mcm sampah, dah
xad nilai..hmm..tp dia mmg sangat2 baik pada aku. Aku yang menyebabkan semua
ini terjadi. Mungkin dia dah bosan dengan aku. Aku harap dia bahagia dengan
pilihan hati dia. Aku juga berharap hati ini akan dipelihara
oleh Allah sehingga aku betul2 bertemu dgn lelaki yang akan menyunting saya
menjadi yang halal baginya…amin Ya Robbal Alamin…….
Truly, Madly, Deeply.
Kepada gadis ini, nah satu lagu untukmu. Menangis lah semahumu tapi ingat lepas tu jangan menangis lagi.