Tuesday, September 6, 2011

aku & dia.


 Assalamualaikum,

Woahh, lama seh tak update blog. Eceh bajet ada followers ke? LOL. Aku penah bagitau yang kalau aku dah tak selalu tulis kat blog ni means aku dah move on. Tapi adakah dengan tidak menulis di blog menunjukkan anda sudah move on? Tak semestinya. Tapi at least aku dah slow down activities lovey dovey haktuih ni. Kental babe! 

Enough about that, let's get serious. Kat sini ada satu entri yang dikirim melalui email untuk aku postkan kat blog aku yang pathetic plus lame ni. Tak sangka ada orang baca blog aku. Kagum!! Haha. Entri dia panjang sikit so kalau nak baca make sure banyak masa lapang.


Here it goes....

================================================================

6 tahun lepas aku bertemu dengan seorang lelaki yang baik sangat. Dia pelik. Dia pendiam. Dia juga seorang yang tekad. Kawan2 dia semua kata dia pelik. Tapi di hati aku, lelaki ni sangat istimewa. Pada awal perkenalan kami, dia xlayan aku, dia marah aku tapi dia tak pun ucapkan kate2 yg boleh menyakitkan hati aku.

Aku mula tertarik dengan sikapnya. Bagi aku, dia bukan jenis lelaki yang melayan perempuan sesuka hati. Pada saat itu, aku mulai menghubungi nya. Makin lama makin kerap. Bila dia sakit aku risau. Aku tanya dah makan? dah makan ubat ke? ada ubat ke tak? dia cakap takda. Aku pun beria2 nak bg dia ubat. Hahaha, pelik kn? Padahal kami bukan kenal sangat. Pada masa tu aku anggap dia mcm kwn biasa sebab aku baru saja frust dgn ex bf aku.

Lupa pulak nak bagitau, aku kenal dia daripada kawan aku. Kawan aku ckp ada budak tuisyen dia sama kolej dgn aku, jadi dia pun bg number budak lelaki ni (lelaki yg aku kenal nie la). Tak lama lepas 2…aku pun makin rapat dengan dia, kami jumpa di library, di dewan kuliah, di kelas tutorial tapi kami xsama kelas tau. Hehe. Masa tu aku mcm dah tersuka pulak dgn dia…dia baik..dia ambil berat. Kami pun berkawan, dia selalu ajak makan sama2..

Satu hari tu, nak dijadikan cerita, ada budak kuliah dia sama sekolah dgn aku dan kenal aku. Dia kirim coklat kat aku melalui budak kuliah dia tu. Dia nak ucapkan terima kasih atas ambil berat aku pada dia. Mula tu aku taknak terima, aku pulangkan balik. Huhu…Lawak berape kali tah coklat tu pergi balik pergi balik. Last2 aku terima. Aku tanya dia kenapa dia bg coklat 2 kat aku, pulak tu dia bg coklat kegemaran aku, Cadbury kosong. Aku minat coklat kosong…hehehe…dia tetap taknak bagi tau sebab. Aku ckp kat dia kalo dia taknak bg tau aku kenapa, aku taknk makan coklat tu. Last2 dia mengalah, gentlemen la kn…hehehe…dia ckp dia suka kat aku. Mulanya aku mcm ragu2 n tolak tapi di sebabkan aku terharu dgn kesungguhan dia menerima aku n membalut luka aku nie, aku pun terima dia. Aku masih ingat lagi, nota warne pink..dia gunting jadi origami bentuk love yg tertulis "can u accept me?" Dia selitkan dalam coklat yg dia bagi tu. Alu terharu sangat.

Lama2 aku bertambah sayang pada dia. Bukan lagi sebab terpaksa tapi kali ni aku rela. Tiap kali outing, kami keluar sama, pergi ke Bandar, nek bus…hehehe…maklumla tempat kami belajar tu, kampung, tak byk tempat sgt nk pergi, kami balik rumah pun sama2 nek bus then train. Kami jenjalan makan nasi ayam kegemaran dia. Aku rindu sgt waktu itu…hurmm…

Dia suka beri kejutan kat aku. Dia bagi aku cincin, rantai, gelang, brooch tapi semua tu aku tak mintak pon. Bagi aku, aku cukup bahagia dgn dia. Dia bantu aku belajar math, sebab aku tak berape pandai math..hehehe..Alhamdulillah, aku dpt jwb math dgn baik…lulus…hehehe..jadilah.

Kami sama2 tamat kolej, then aku dapat masuk university kat arau dan dia pulak dekat johor…hurm…jauh kan…tapi kami tetap bersama, aku percayakan dia tapi kadang2 hati perempuan nie kuat cemburu, curiga…hmm…tapi dia byk bersabar. Walaupun dia xpandai nk pujuk aku, aku tetap syg sgt pada dia..

Masuk je university, aku pun belajar la bersungguh2, dia pun mcm tu. Masa mula2 masuk U, aku ingat lagi aku nk ajak dia masuk palapes, tapi akhirnya aku xjadi sebab tak tahan, tapi dia dpt..hehehe..kuatkan dia? Tahan lasak, He is my hero, I love him..hmm…Bila dia dah masuk palapes, dia mula sibuk. Cuti semester je, dia mesti ada latihan. Aku selalu merajuk tapi dia tetap sabar dgn aku. Bila balik je dia akan ajak aku keluar jenjalan. Kami bukan pergi mana pun. Setakat KL central, Mid Valley, Jalan TAR tak pun skali2 KLCC or Times Square.

Hari demi hari, tahun demi tahun, dia bersabar dgn semua kerenah aku yg mcm2 nie. Thanks ayg, I love u…so much..so deep…hehehe…aku tau dia sayang aku..dia sangat memahami.. Cuma aku…hmm…aku nie mcm tak reti nk hargai dia. Aku terlalu sayangkan dia, aku takut kehilangan dia. Dia memang ramai kawan perempuan. Bila dia masuk palapes, lagi ramai kawan2 perempuan dia, sedangkan aku…hmm..

Tapi dia tetap setia. Selama 5tahun kami bersama dia tetap sygkan aku. Aku adalah manusia yg paling gembira. Dia ada suruh aku berubah tapi aku syg dia, aku tak leh kawal perasaan aku utk xcemburu utk xprasangka, utk xmerajuk bila dia sentiasa bz, xada masa dgn aku. Aku tau dia sibuk tapi naluri aku nie jahat.

Sampai la satu hari, aku rasa terguris sgt dia keluar dgn girl lain. Girl tu adik kpd kawan palapes dia. Budaknya cantik, baik dan pandai menghias diri. Aku seakan tergugat, mmg aku dah pon tergugat. Girl tu dah pun mencuri hati lelaki yg aku sayang dan kini aku sedang meratapi semua kesalahan aku dan sikap aku yg dulunya tak menghargai dia Tapi bagi aku, aku sayang sgt kat dia. Apa yg aku buat semua nak kn perhatian daripada dia. Tiap saat aku sms dia. Aku call dia boleh kate tiap mlm tapi dia rimas kot…hm…

Aku dah cuba merayu kat dia, aku pujuk dia. Aku ckp aku syg sgt kat dia. Dia dah xendahkan semua rayuan aku. Dia kata “Dah terlambat, kau paham x aku dah xnk kau, kau tolong lepaskan aku, aku sekarang dengan **** (girl tu), tu yg kau nk sgt kn., dulu kau yg mintak putus..haaa sekarang…” sebak betul hati aku. Org yg kite syg dah xperlukan kite lagi kat sisi dia…hmm…aku mcm dah xnk hidup lagi kat dunia nie…mak aku pon kesian tgk aku… mak xleh nk buat apa..tgk je la…

Aku cuba nak lupakan dia tapi makin aku cuba, makin syg. Aku syg dia…seriously…hmm...Tapi apa boleh buat nasi dah jadi bubur…walaupun aku suke sangat mkn bubur kn (motif?)…hehehe...Hmm aku cube lawan hati aku nie. Byk kwn2 membantu tp cinta itu buta kan. Aku pun jd buta sbb syg sgt pada org tu. Maruah aku dah macam xada nilai dah. Merayu menangis pada dia pun dah xada nila. Dia kate dah terlambat…hmm…aku hanya ditemani air jernih di pipi aku tiap kali aku kecewa dgn semua nie. Tiap kali sujud, aku berdoa kpdNya, kembalikan lah dia pada ku jika dia jodohku, tapi jika tidak, maka Kau tabahkan la hati ku, kikiskanlah pesonanya di mataku, bimbing la hatiku ke jalan yg Engkau redhai…Amin Ya Robbal Alamin….hm….Aku kini mcm hilang arah tanpa dia di sisi, hidup sunyi, tak bererti tapi Allah itu Maha adil. Dia tahu apa yg terbaik buatku. Mungkin ini dugaan buatku supaya aku sujud dan lebih mengingati diriNYA..


“Sesuatu yang baik dan indah untuk kita, boleh jadi ianya amat buruk dan teruk disisi ALLAH S.W.T…bahkan sesuatu yang buruk dan teruk untuk kita…bahkan ianya amat baik dan indah disisi ALLAH S.W.T”. Sesungguhnya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita semua…Wallahua’lam…..


Kwn2 yg bace cerita ini…tolong sama-sama doakan kekuatan untuk aku menghadapi semua ini…aku masih lagi mengharapkan kepulangan lelaki yang bertakhta di hati aku selama 5tahun nie…aku xpernah menggantikan mana-mana lelaki lain di takhta itu tetapi sekarang mungkin aku perlu belajar menurunkan dia dari takhta itu…hm.. Aku seakan tidak dpt menerima kenyataan. Walaupun tahu kebenaran yang sebenar. Sesal dulu pendapatan, sesal sekarang dah xada gunanya. Macam tu lah nasib aku jika diibaratkan.

Aku seakan menyeru semangat yang hilang setelah hati aku hancur dengan pengakuan dia bersama perempuan itu. Aku terpakse pergi, dia dah xperlukan aku disisinya lagi. Aku dah jadi mcm sampah, dah xad nilai..hmm..tp dia mmg sangat2 baik pada aku. Aku yang menyebabkan semua ini terjadi. Mungkin dia dah bosan dengan aku. Aku harap dia bahagia dengan pilihan hati dia. Aku juga berharap hati ini akan dipelihara oleh Allah sehingga aku betul2 bertemu dgn lelaki yang akan menyunting saya menjadi yang halal baginya…amin Ya Robbal Alamin…….



 Truly, Madly, Deeply. 

Kepada gadis ini, nah satu lagu untukmu. Menangis lah semahumu tapi ingat lepas tu jangan menangis lagi.




Wednesday, June 29, 2011

Escape.

Assalamualaikum,


Okay enough with those lame, pathetic and stupid sad story of mine. How's Tioman? It was awesomenessssssssss!!. SubhanaAllah tempat dia cantik sangat. I'm having the time of my life, like seriously! This is best broo *gaya nabil*



Gambar di atas di ambil oleh seorang sahabat baik yang tersangat cukup bermakna untuk aku. Seorang sahabat yang dibenarkan marah, kutuk, kritik dan duga aku semahunya. Terima kasih kerana masih di samping walau cacat cela ku berada jelas di mata mu wahai sahabat. 
p/s; Lama sangat tak update. Ingat dah cukup kuat untuk tak berblogging tulis merepek repek. Nampaknya masih gagal. Takpa, guna inisiatif lain. Deactive FB kerana terlalu banyak dugaan. Ya, aku tak kuat.


Tuesday, June 7, 2011

Fake.




 " Awak, kalau suatu hari nanti awak dah jumpa penganti saya yang lebih baik dari saya, awak bagitau lah saya. Even berat hati saya nak lepaskan awak, tapi kalau awak tak bahagia dengan saya, saya akan lepaskan awak. Saya nak awak tahu yang perasaan saya pada saat dan ketika ini, tak ada yang fake. Saya betul betul ikhlas sayangkan awak. You're the best thing that ever happen to me, UKILUSM. "

- MAI, 2010.                  


I guess those words turn the other way around. It's should be me saying that.

p/s; Still log in blogspot. Meaning, aku tak move on lagi. Takpe slow slow. -__-'. Holiday kat Tioman this weekend. Can't wait spending some quality times with my besties. Another gateway. Semoga dipermudahkan. Some pictures for the next entry? Maybe ;)          

Tuesday, May 31, 2011

Disclaimer.

Assalamualaikum,


Persoalan yang selalu bermain di fikiran manusia sejagat yang sedang membaca blog ni pada ketika dan saat ini sudah semestinya ; Apa motif wujudnya blog ini? Tiada foto menarik lagi comel untuk dipertontonkan. Tiada karangan lucu untuk dihadapkan. Tiada puisi berfalsafah untuk dihadamkan. Yang ada hanyalah coretan kenangan yang pedih lagi menyedihkan.



Ya, tujuan utama aku hidupkan semula blog ini adalah kerana aku ingin hidup dalam kenangan. At least untuk sementara waktu ini. Sampai bila? Itu aku tak pasti. Aku dalam kemurungan yang agak teruk untuk pertama kali dalam hidup aku. Mungkin luarannya aku kelihatan normal. Aku senyum, aku ketawa, aku bergurau, aku menyakat, aku bersolek, aku makan macam tak hengat dunia (ya, aku kuat makan) dan aku juga ber 'flirting' dengan lelaki lain. Hakikatnya, bila aku keseorangan, saat itu, ingatan itu kembali menjengah. Aku tak dapat lari mahupun kawal benda benda ni.



Aku perlukan sesuatu untuk meluahkan segala isi hati. Selain berdoa dan mengharapkan Tuhan, aku perlu salurkan rasa serta isi hati. Kalau gunakan orang sebagai tempat luah, macam kejam sangat. Tahu je lah manusia, lama lama fed up jugak. Blog adalah medium untuk aku. Kalau yang sudi baca luahan atau tulisan aku yang agak pathetic ni, aku appreciate. Jadi silent reader pun cukuplah. Aku tak kejar trafik mahupun kumpul duit. Cukup sekadar tempat untuk aku menulis meluahkan rasa.



Ada kalanya sebelum aku tutup mata untuk tidur, aku menangis terkenang saat indah bersama dia (jiwang? Ya, I know). Kalau macam aku nangis teruk gila, aku mesti cuba stop dengan tiba tiba. Bayangkan kau nangis gila punya teruk pastu kau paksa diri untuk stop. Memang semput siput sedut lah jawabnya. Dalam pada aku duk teriak bagai nak rak, aku selalu doa mengharapkan Tuhan untuk lenakan aku dalam tidur dan bila aku bangun esoknya, sesuatu yang indah menanti aku. Mengharapkan Tuhan untuk kuatkan semangat aku, mengharapkan untuk masa pantas berlalu supaya aku tidak lagi hidup dalam kenangan.



Aku dikenali sebagai gadis yang ego, hati kering dan sangat kerek. Siapa sangka, kerak nasi yang keras gila di tuang tuang rendam air akhirnya tanggal. Jatuh cinta memang indah dan bahagia tapi tu semua sementara. Benar, yang terindah hanya sementara.



Satu sahaja yang aku tunggu ; saat dimana, aku tidak lagi menulis di blog ini. Saat itu, aku tidak lagi hidup dalam kenangan bersama dia.



p/s ; Buat masa ini, kegembiraan aku adalah hidup dalam kenangan. Aku anggap seperti kami masih bersama, pathetic bukan?

Saturday, May 28, 2011

Bait.



The sorrow in me.

Karma?

Assalamualaikum,



Entri ni aku tak nak tulis banyak. Baca, fahamkan dan ambil pengajaran darinya ; 



Situasi 1 ;


" Ish, apa lah couple tuh, peluk peluk kat tempat awam, cari bilik lah derr! " getus Nazmi dalam hati sambil buat muka meluat.


Di suatu tempat membeli belah, " Sayang, awak cantiklah hari ni. Sayang awak ketat ketat " kata Nazmi sambil peluk pinggang awek dia dari belakang.




Situasi 2 ;


" Aku paling tak suka perempuan pakai tudung pastu pakai baju lengan pendek macam baby T. Baik tak yah pakai tudung langsung. Buat malu orang bertudung macam kita ni " kata Dayah kepada kawannya, Sumayyah.


" Aku panaslah Mayyah, tu yang aku pakai lengan pendek ni " Dayah memberi jawapan pada soalan Sumayyah sambil gelak innocent.




Situasi 3 ;


" Aku paling pantang orang pantai timur ni, kalau anak aku bawak bakal isteri orang sana, choyyy, tak nak aku. Tak restu. " kata Kiah kepada geng ngumpat dia.


"  Nak kahwin dah anak kau si Shahrul tu, bakal menantu kau tu orang mana? " tanya Bedah. " Orang Kelantan " jawab Kiah dengan muka sugul.




Situasi 4 ;


" Weh, orang lain pun ada awek jugak, tak yah lah time kau nak lepak denga kitorang ni pun nak sms. Baik tak payah ajak lepak. Aku, kalau ada awek nanti, time dengan dia, dengan dia, time dengan member, dengan member lah. " marah Zaim kepada Idris.


" Hoit, kau dengar tak apa aku cakap ni? " pekik Zul kepada Zaim. " Huh? Apa soalan kau tadi? Sorry lah, aku tengah balas sms awek aku nih." jawab Zaim. " Butoh, ajak lepak tapi perangai macam taik! " getus Zul.




Situasi 5


" Aku benci betul dengan orang ketiga dalam sesuatu hubungan tu. Perlu ke nak kacau hak orang lain? Tak faham aku. " protes Hanisah kepada kawannya, Emma.


" Hey Hanisah, kau memang perempuan tak malu kan. Laki aku jugak kau nak kacau! Perempuan jalang. " amuk Sarah kepada bakal madunya, Hanisah.





Takdir Tuhan penuh dengan tanda tanya buat kita semua. Walau apa pun, tarbiahkan diri kita pabila dengar bermacam ragam manusia yang kadangkala tak sedap halwa telinga mendengar. Manusia buat silap sebab kita bukan maksum. Setiap orang ada jalan cerita masing masing. Jangan memperlekehkan jalan cerita orang lain tapi perbetulkan jalan cerita sendiri selagi ada ruang dan waktu. Dan tolong jangan stereotype.


Friendly reminder to myself.




p/s ; Past mistakes are lessons to be learn. Thank you Allah for giving the chance to wake up and realize my mistakes. Alhamdulillah.


#Dialog di atas adalah rekaan semata mata. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Kalau ada persamaa sekalipun, ia adalah kebetulan.

Wednesday, May 25, 2011

Comfort Zone.

Assalmualaikum,

Weh, apasal aku asyik rasa lapar ek? Hadoi. Nak kata tak baca doa dah baca dah. Siap doa lepas makan sekali aku baca. Beranak pinak agaknya cacing dalam perut aku nih. Gemuk tak jugak. Tak bersyukur betei aku ni. Gemuk betul betul kang padan muka. Okay, aku nak berisi sikit. Kasi up sikit. 50kg pun okay lah.

Comfort zone ni semua orang ada. Kenapa intro atas macam tak 'in' dengan perenggan ke dua ni? Hah, abaikan. Aku fail bab bab introduce introduction intro ni. Sambung; comfort zone setiap orang lain lain. Comfort zone dalam entri aku ni bukanlah maksudnya seseorang tu ketinggalan zaman atau pun pemalas nak memajukan diri. Itu comfort zone yang kalau korang tak nak berubah memang tinggal belakang la jawabnya. Contohnya, korang selesa berjalan kaki. Bagi korang, jalan kaki tu best, jimat duit, berangin, senaman badan mahupun mata. Tapi takkan sampai ke tua bangka nak jalan kaki dari KL ke KT. Itu spesis pedajal diri sendiri namanya.


Ini comfort zone yang kalau boleh, korang memang tak nak ubah mahupun mengubah. Nak stay kat takuk yang lama tu (comfort zone). Comfort zone jenis ni dia tak menyusahkan kau mahupun mendajalkan diri sendiri. Katakanlah, aku suka pakai tudung bawal. Selesa dan sopan lagi santun. Kewujudan shawl mahupun tudung ariani tak mampu mengugat keutuhan cinta aku terhadap tudung bawal walau orang lain semua nampak maju atau erti kata lain, fashionista pabila kenakan shawl. Disebabkan aku rasa aku cun pakai tudung bawal plus aku selesa, persetankan semua shawl serta tudung ariani ke ekin siapa siapa lagi tuh. Haaaa, itu contoh comfort zone yang tak merugikan kau malah tak menyebabkan kau kena reject dengan mak mentua.


Lain orang lain comfort zone dia. Kalau lelaki, yang aku perasan, fesyen rambut dorang. Jangan tak tahu kalau fesyen rambut bentuk 'M' masih wujud lagi zaman sekarang ni. Kawan aku seorang ni dari dulu sampai sekarang, pesen rambut tu jo haaa. Trademark katanya. Biarlah dia dengan comfort zone dia. Dah nama comfort zone, tak rugikan dia malahan orang lain.


Kalau aku, aku sanggup turun dari tingkat 26 sampai tingkat 1 semata mata untuk comfort zone aku. Aku sanggup berlari lari anak balik ke hostel, sanggup tahan sampai rumah, sampai tunggu semata mata untuk comfort zone aku. Nak tau apa comfort zone aku apa? Jamban cangkung. Ya, jamban cangkung adalah comfort zone aku.  Untuk jamban cangkung, aku sanggup turun sampai tingkat 1 sebab toilet kat tingkat 26 berderet orang beratur tunggu turn. Aku boleh je tunggu tapi bila sampai turn aku nanti, mesti aku rasa tak best sebab berderet tunggu kat luar. So aku sanggup turun. Yeah, hidup jamban cangkung!





P/s; Ewww kan comfort zone aku? Tapi tak yah malu, aku tau korang pun macam aku kan? Prefer cangkung dari duduk. Tak yah nak malu sangat ah. So what's your comfort zone?

Tuesday, May 24, 2011

Influence.

Assalamualaikum,



Orang nak ada belog, ekau pun sama yop nak berbeloging bagai. Orang ada DSLR, kome pun nak ada DSLR, orang ada sugarglider, hang pun sama nak. Cubalah jangan nak ikut orang sangat. Be yourself and do what you like the most. Erk, kenapa macam terkena batang hidung aku? Okay fine, aku pun ter'influence' dengan benda benda alah ni semua. Semua orang ada influence masing masing dalam hidup. Aku pasti 50% influence tu datang dari artis atau orang yang fofular yang korang kenal. 50% lagi datang dari kawan atau orang penting dalam hidup korang.


Hambik contoh lah kan. Macam suatu ketika dulu pernah ada satu influence datangnya dari seorang pemain bola sepak (aku malas nak buat research siapa orang tu) yang pakai cekak halus yang budak budak pompuan duk pakai tu. Time tu semua laki pakat bela rambut panjang sikit pastu pakat ramai ramai pakai cekak baju jersi bajet cool. Cool habis katanya.


Kalau yang perempuan pulak, selendang atau nama mak datin glamernya, Shawl. Ni pun aku tak sure siapa start dulu (gila malas aku nak research, patut thesis dapat A+++ "jek" -..-), tapi yang pasti selendang pertama tama sekali adalah yang warna hitam tu. Alaaaa yang jenis kain jojet kebendetah nama kain tu aku tak pasti. Lepas shawl tu, perghhhh bertumbuh tumbuh shawl macam macam jenis macam macam nama macam macam brand selepas hujan. Aku sendiri dah lost track trend trend shawl ni. Kadang kadang penat kot nak seksa diri kejar trend ni. Baik aku pakai ikut kesesuaian aku. Dapat apa jew weh kejar trend shawl ni? Glamour? Duit? Kalau duit, aku pun sanggup kejar berkilo kilo gram jauhnya *tibatiba*.


Aku tak tahu siapa start selendang ni dulu tapi yang pasti, aku tahu pasal shawl masa aku kat Uitm dulu. Ada akak senior course aku tu setiap hari dia pakai shawl. Masa tu orang tak teringin kot nak pakai shawl bagai ni. Aku macam tertarik, so aku pun nak try jugak. Muka tak malu mintak pinjam shawl akak tu buat pakai pergi dinner kelas (nak jugak tuh, ter'influence' katanya).


Sekarang trend Wayfarer dan Frogskin meletus letus. Influence dari siapa? Opkos dari retis barat. Yang wayfarer ni aku ter'influence' jugak nak beli. Baru nampak ohsemm habis kalau pakai jalan tengah panas. Entah ntah nampak noob -,,-'. Pasti trend ntah hape kebendetah fixie dan Lomo bagai.


Okay yang tu kalau follow retis retis lah. Kalau dari segi kawan atau orang penting dalam hidup korang.? Demmm yang part ni aku kena emo sikit sebab my biggest influence at the moment is my bekas kekasih gelap. Kenapa kekasih gelap? Sebab dia gelap sikit dari aku. Okay tipu, tak ada kena mengena. Yup, my exie boyfie eeeeeeee. 


Tak terkira banyak influence dia dalam hidup aku. Contoh lah, aku dulu bukanlah kaki wayang mahupun kaki goyang tapi dia punya power kuat atas aku sampai aku jadi kaki wayang. Semua cerita latest kat wayang kalau boleh nak pergi tengok. Dulu aku tak pandai sangat tengok cerita action tapi sejak first date kitorang tengok G.I Joe, terus aku macam ketagih cerita action. Dulu aku mana layan drama series berunsurkan vampire ke prison ke, tapi sejak dia selalu tengok cerita tu, aku sekarang jadi peminat cerita jenis macam tu.


Tengok emosi tak? Okay aku masih boleh kawal emosi. Good. Sambung; dulu aku mana ingat sangat nak baca doa dan basuh kaki sebelum tidur, tapi sejak tiap kali nak tidur, dia selalu tanya " dah buat 5 perkara sebelum tidur? ", benda yang dulu aku pandang ringan dah jadi kebiasaan setiap kali nak tidur. Dulu aku mana nak heran sangat dengan negeri dia. Sumpah, dalam banyak tempat, negeri dia aku paling tak terfikir, terlintas, terpassing by ke hape dalam otak aku. Tapi sejak dia hadir (emosi), negeri dia paling paling aku nak jejak kaki. Tapi tu semua dulu sebab tu banyak perkataan dulu dalam entri ni. Sekarang? Entah lah. Sebelum emosi datang berkapal kapal, baik aku stop sampai sini.



Kthxbai. *sambung tengok Vampire Diaries*


Video nih aku dedicate untuk semua semua yang suka stalk ex korang. Aku pun stalk tapi sejak remove dia dari friendlist, aku dah tak stalk. Lama lama, aku macam dah tak kisah kot pasal dia. Kot? -__-'



p/s; Oh tak sabar nak pergi holiday lagi ^^

Thursday, May 19, 2011

Quote.



" Our relationship couldn’t continue to balance, as it did, on the point of a knife. We would fall off one edge or the other, depending entirely upon his decision, or his instincts. My decision was made, made before I’d ever consciously chosen, and I was committed to seeing it through. Because there was nothing more terrifying to me, more excruciating, than the thought of turning away from him. It was an impossibility. "

- Bella Swan, Twilight, Chapter 12, p.248

p/s; At this very moment, I miss him. Twilight was THE movie.

Monday, May 16, 2011

Nyawa.

Assalamualaikum,


Wooo hoooo, guwa sangat gumbira der sebab guwa first time try buat Oreo Cheese Cake dan dengan bangganya Oreo Cheese Cake guwa menjadi! Bwahahahaha (gelak riak!).  Chop, jangan label aku sebagai orang yang hebat memasak sebab benda alah ni senang gila nak buat. Kekekeke. Resipi boleh didapati di Myresipi.com dan search Oreo Cheese Cake. Lepas ni tak payah nak bazir duit beli kat Secret Recipe, buat sendiri pon sodap.


Okay enough with the not so related intro itu. Hari ini hari isnin bertarikh 16 Mei iaitu Hari Guru. Selamat Hari Guru kepada guru dan bakal guru di Malaysia! Hari ni aku MC sebab ada appointment dengan doktor mata. Semasa aku duk tunggu giliran nak jumpa dengan doktor mata, mata aku melilau tengok orang sekeliling. Dalam klinik tu mostly orang warga emas yang ada penyakit selaput mata dan semuanya tunggu giliran nak buat operation. Aku terdengar satu perbualan si emak dengan anaknya.


si emak ; " Sipulan tu kalau kita tegur anak dia pukul orang, dia kata anak kita pulak, mak tak paham lah. Orang ni kalau kita cakap benda betul, tak nak percaya, mak tak paham lah. "

si anak ; .................................<---tak tahu nak kata apa.

si emak ; " Mak ni nak kena jaga si A, si B, si C, blaa blaaa blaaa (tak ingat berapa ramai nama anak dia sebut), macam macam perangai nak kena jaga. Nak kata kecik lagi, dah besar panjang. Mana la mak tak kurus duk mikir perangai sorang - sorang " 

si anak ; ..............................<--- terkedu gamaknya.

Wow, aku terkedu jugak. Mak/Ibu/Ummi/Mama/Bonda seorang insan yang sangat tabah sebab mereka boleh melakukan banyak benda at one time yet still keep going sane. Serius, kadang kadang kita ni, masalah seciput je pun tapi punyalah susah nak berfikiran waras dalam membuat keputusan. Suka ambik short cut untuk selesaikan masalah or ignorance is a bliss perhaps? Bussitto dengan ignorance is a bliss. Itu motto untuk orang penakut je. Cuba jadikan ibu anda sebagai idola. Seorang mak, dia takkan biarkan anak dia merengek 2 3 pagi mintak susu. Pasti confirm bangun untuk buatkan susu. Seorang ummi, dia takkan benci anak dia sejahat mana sekalipun. Pasti confirm ada rasa kasih terhadap anak yang derhaka itu. Seorang mama, dia akan sentiasa doakan kebahagian anaknya walau sebenci mana si anak terhadap maknya. Memang benar kasih ibu itu membawa ke Syurga.

Bila fikir masa depan, meremang kot bulu roma den ni ha. Adakah aku akan jadi anak yang baik untuk mak aku? Temankan dia pergi jumpa doktor kalau dia sakit? Kalau suami tak izin macam mana? Aish susahnya bila tersepit antara dua. Apa yang aku boleh harapkan semoga semuanya baik baik sahaja, InsyaAllah. Kadang kadang tu bila baca berita pasal anak hantar mak ayah ke rumah orang tua lepas tu tak jengok, rasa macam sayu je hati ni. Adakah aku macam tu nanti? Mintak dijauhkan. Mungkin ada sebab musabab yang menyebabkan si anak bertindak macam tu. Kita tak tahu situasi orang macam mana so jangan cepat judgemental. Muhasabah diri, tarbiahkan diri bila dengar cerita cerita macam itu.

Semoga anda anda anda sekalian serta aku menghargai insan yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan serta mendidik kita seadanya. Buat yang sudah tiada lagi insan terhebat ini di sisi, sedekahkan Al-Fatihah setiap kali teringat. Bayangkanlah, hanya dengan memandang kedua ibu bapa kita dengan perasaan kasih, ganjaran pahala sudah tersedia buat anda, apatah lagi berbakti dan menjaga mereka. Hargailah mereka. 


He, who wishes to enter paradise at the best gate, must please his father and mother
Bukhari & Muslim  





p/s; Entri ni tak ada kena mengena dengan hari ibu sebenarnya tapi tak apa, considered it as Happy Mother's day entry from me ;)


Sunday, May 15, 2011

Kosong.

Assalamualaikum,


Lama gilak tak hupdate blog. Berpisat pisat mata ni tapi tangan dan otak degil nak menulis. Busy ngat aih 2 3 minggu ni. Keluar jumpa kawan yang dah lama tak jumpa, beli barang pastu on weekdays kerja. Balik keje terus layan cerita korea yang dah lama terbengkalai tak habis habis tengok. Finally habis jugak semua episod cerita Secret Garden tu. Romantic yet unrealistic. Setakat nak berangan boleh lah kot. Realiti tak seindah fantasi. Cewah~


Untuk pengetahuan kamu kamu semua, setiap kali aku sampai office, first thing aku akan buat selepas on PC adalah bukak website Harian Metro. Setiap kali baca Metro, ada je cerita yang membuatkan aku gerun dengan keadaan dunia sebenar. Okay, maybe cerita cerita kat Metro tu agak hiperbola dari keadaan sebenar ,at least ia cuba nak menyampaikan berita sebaik mungkin.

I have to admit yang berita berita yang aku baca mostly about relationship, tak kisah lah suami/isteri, girlfriend/boyfriend, Tunang or mentua/menantu. Seriously, I was shocked. Setiap kali, ya setiap kali aku baca berita berita macam tu, aku akan geleng kepala, mengucap panjang. Nauzubillahminzaliq. Semoga perkara buruk serta malapetaka dan bencana buruk minta dijauhkan. Ya Allah, lindungi lah keluarga ku, aku, serta orang orang yang aku sayangi dari perkara yang buruk, amin.

Baru baru ni je dah 2 kali aku baca tajuk berita pasal tikam. Satu tu yang melibatkan siswazah UKM dan lagi satu melibatkan Janda anak dua. Innalillah wa Innalillah hi rhojiun. Tergamak kan manusia sekarang sampai macam tu sekali. Tapi kita tak berada di tempat mereka so kita tak tau apa yang mereka rasa pada waktu dan ketika itu. Allah Maha mengetahui segalanya.

Susah nak predict perasaan orang ni. Even kita dah kenal dia 11 tahun bercinta bagai nak rak tapi kita belum  tentu betul betul kenal. Nope, kita tak kan pernah dapat betul betul kenal sebab people change. That's the way it is. Kadang kadang aku tak faham, ada tu lagi dua bulan nak kahwin tiba tiba si lelaki berjumpa perempuan lain dan sanggup putuskan untuk tak teruskan perkahwinan yang dah di rancang tu. Bayangkanlah betapa remuknya hati seorang perempuan yang sedang menghitung hari untuk menjadi yang halal kepada seorang lelaki yang dia sayang. Kecewa satu hal, maruah dia tercalar jugak akibat perbuatan si lelaki.

Tapi itu lagi baik dari kahwin tapi suami curang dengan perempuan lain. Haish. Ntahlah, Aku sendiri bukan dapat predict future aku. Kita sendiri tak dapat predict future kita macam mana kan? Kalau dapat predict, confirm kita semua bahagia dengan lelaki/perempuan yang memang kita dah tahu akan jadi suami/isteri kita. Perkara perkara buruk pun dapat dielakkan.


Allah Maha mengetahui segalanya yang terjadi di langit dan di bumi serta segala isi alam. Apa yang pernah terjadi dan bakal terjadi mengandungi banyak hikmah serta pengajaran untuk dijadikan pedoman dan panduan dalam hidup kita agar kita sentiasa beringat bahawasanya yang kekal itu Allah SWT sahaja. Jangan sesekali mencintai manusia/benda lebih dari mencintai Pencipta serta RasulNya. Setiap perkara harus berpada dan bersederhana.

Ayah kepada Faizal Tahir pernah berkata ;

" Hidup kita ni macam driving. Bila kita tengah drive, kita kena pandang depan dan fokus untuk sampai ke destinasi. Rearview mirror tu kita guna sekali sekala je. Sesekali je kita pandang ke belakang untuk memastikan keadaan belakang sebagai panduan supaya tak kemalangan. Macam tu lah jugak dengan life. Focus ke depan. Benda lepas untuk dijadikan sebagai pengajaran sahaja supaya kita tak leka. "

Sometimes I wish I were a kid again  ; skinned knees are a lot easier to fix than a broken heart


p/s; Entri bercampur campur kali ni. Main hentam tulis apa yang terbuku. LOL.

Monday, April 25, 2011

Emo.

Assalamualaikum,



Entri untuk kali ni emo sikit seperti kebiasaan. Kalau tak suka baca, sila gerak mouse tuju ke bahagian atas kanan dan click tanda X. Emosi aku meletus untuk kesekian kalinya. Sukar dibendung disebabkan kerinduan yang agak mengaung dalamnya. 

I cried myself to sleep last night. This time was really like mencurah curah tak tertahan. The last time aku menangis teruk time break up about 5 months ago. What? It's already 5 months but still, aku tak move on sepenuhnya lagi.

It all happened when I watched this video kat satu blog ni, Terfaktab. Tajuk video ni " Strangers, again. " yang menceritakan stages dalam relationship. I've been thru all the phase and somehow it's reminds me to what had happen. Semuanya seolah olah flashback terhadap hubungan aku dengan dia dan tanpa sedar aku mengalirkan air mata. At that particular moment, there's many " what could have been " and what ifs " rushing thru my mind.

Some people will say ;

" Hek eleh, putus cinta je kot, tak yah lah emosi sangat ", 
" Minah ni jiwang kot, banyak lagi laki kat luar sana, LOL ",
" Pathetic ",

Ayat yang aku paling makan dalam dari video tu, " whether it is taking each other for granted or people changing over time, the bottom line is, someone's stop trying. " That's what makes the relationship end. Someone's stop trying and that someone adalah dia.

Seumur hidup aku, ini kali kedua aku sedih teruk sangat dan kedua duanya adalah kerana lelaki. Kematian arwah ayah aku memberi impak paling besar dalam hidup aku. Seolah olah seluruh hidup aku di hujung nyawa tatkala mendengar berita sedih itu. Penyesalan yang teramat menjengah ruang hati dan kotak fikiran aku. Aku menyesal kerana tak menghargai lelaki pertama dalam hidup aku yang begitu susah payah membesarkan kami adik beradik. Semenjak itu, aku belajar untuk menghargai segala apa yang Allah telah tentukan dalam hidup aku.


Aku selalu mengeluh sebab aku selalu kena ejek dengan budak lelaki kat sekolah. Aku tak dilahirkan dengan rupa paras yang cantik serta kulit muka yang gebu. Aku selalu memberontak sebab aku dikongkong dari berjumpa dengan kawan kawan pada hujung minggu. Hidup aku hanyalah rumah-sekolah-rumah-sekolah. Aku selalu mengadu sebab duit belanja kat sekolah sikit, nak beli makanan banyak pun tak cukup.


Tapi sejak arwah ayah pergi, segala segalanya jelas di mata aku. Setiap kejadian mesti ada sebab. Apa yang aku selalu mengeluh, memberontak dan mengadu tu sebenarnya berniat untuk protect aku dari lalai dan leka.


Aku berjanji dengan diri sendiri yang aku akan hargai apa saja yang telah ditentukan dalam hidup dan pada ketika itu, aku menghargai mak aku dan made a promise to myself that I'll make our life better. Hidup aku belajar belajar belajar. Aku ada la jugak jatuh cinta sana sini tapi tu semua setakat senyap senyap atau setakat bertepuk sebelah tangan.


Segala yang pernah jadi dalam hidup aku membuatkan aku pegang teguh prinsip hidup aku. Saat itu, aku nak habiskan Degree aku dengan result yang gempak. Bukan untuk sesiapa tapi untuk aku dan untuk mak aku. Orang yang paling paling aku nak bahagiakan adalah mak.


Tapi rancangan Tuhan kita tak tahu. Di saat kau betul betul dah rasa hidup kau according to plan, something happen. I fell in love. Aku tak boleh melawan gelisah hati aku bila seorang lelaki yang aku suka senyap senyap (crush) meluahkan rasa hati dia. Benteng serta prinsip prinsip selama ni aku bina dan pegang, runtuh semata mata kerana seorang lelaki. Tak, aku tak menyesal.


Selama ni hidup aku pudar tapi sejak ada dia, sinar tu lebih sikit. Rasa bahagia yang aku tak pernah rasa  macam perasaan tu precious sangat. Aku menghargai dia teramat. Tapi sayang, aku leka dengan permainan duniawi. Hanyut.


Sekali lagi, orang yang sangat sangat aku sayangi pergi meninggalkan aku. Sedih tu tak payah cakap lah. Bagai nak rak kot menangis. Toleh sana teringat, toleh sini teringat. Dengar lagu lagu yang penah dia dedicate untuk aku, air mata ni memang nak mengalir je. Kalau depan mak tu, tiba tiba ada lagu touching, aku tahan air mata kot. I never thought I will do such thing.


You're so lucky boy because you've made me fell in love and you ripped my heart apart. I gave you my heart for you to keep and care but boy, you hurt that fragile little thing. All my dreams about you and me went down the drains along with my pieces of fragile heart. 


Thanks for showed me that love is heaven but can hurt like hell.
Thanks for showed me that nothing last forever.
Thanks for showed me that people change.
Thanks for showed me that ego worth more than love.

Most importantly,

Thanks for giving me the chance to love and being loved in return, the most amazing thing ever happen in my life is you just like I always told you.


Sekali lagi, aku harap aku kuat. Aku harap aku tak leka dan lebih pentingkan diri sendiri dari orang lain. Tuhan tu Maha Adil. Setiap kejadian yang dia tentukan tu pasti ada hikmah yang menanti. Lambat atau cepat saja penentu. Sabar dan teruskan hidup.


p/s ;  Sampai ke saat ini, asal aku dengar lagu " Perpisahan ini " - 1st Edition feat. Aizat Amdan je air mata aku tak boleh nak tahan. Rasa macam nak putar lagu tu banyak banyak kali sampai bila aku dengar aku tak menangis dah.

Sunday, April 24, 2011

Diskriminasi.

Assalamualaikum,

Jam menunjukkan 02.24 *bunyi cengkerik* dan aku masih tak tidur lagi even penat berjalan membeli belah tingkap di Sungai Wang dengan member cun lepas habis kerja (kantoi!?) sambil makan Wafret Twins Cloud 9 juga ditemani iringan musik yang mengasyikkan dari koleksi lagu lagu Taylor Swift (kantoi peminat Taylor Swift) dan jari jemari yang tak berapa nak runcing laju menaip sambil bebola mata aku dan juga kau, ya bebola mata kau bergerak dari kiri ke kanan, kiri ke kanan sampai dah nak naik juling tapi masih meneruskan pembacaan tanpa henti sebab anda nak tahu apa yang aku cuba sampaikan ni hingga ke penghujung noktah tetapi aku tak jumpa mana noktah dalam banyak banyak huruf di keyboard Laptop aku ni sesungguhnya mata aku sedang melilau mencari akhirnya jumpa jugak. Terima kasih kerana anda berjaya membaca dalam 00.09 saat. Tahniah!

Intro yang agak memeningkan kepala disitu ya. Dah lah korang korang semua serabut nak exam, boleh pulak aku buat intro macam Haram J. Apa apa pun, Good luck! (sempat tu). Dah berusaha yang terbaik jangan lupa berdoa serta bertawakal kepada Allah SWT. 

Tepat jam 18.00 pm (actually, 17.58 pm), aku dah melangkah dengan lajunya dari kawasan yang penuh dengan komputer dan telefon dan menuju ke Bus stop. Sebenarnya member cun ajak aku berpeleseran jap dekat Sungai Wang. Katanya dah lama tak jenguk Sungai Wang (apakah?). Instead of taking the LRT like usual, we decided to take a bus. Whaaaaaaattttttt? A bus? Jap jap, aku tak diskriminasi okay. Kau bagi aku nak beca pun aku tak kisah. Maka, naik la dua awek hot ke dalam bus itu yang dipenuhi dengan warga asing serta bangsa asing yang berlatarbelakang soundtrack lagu asing. Sumpah aku rasa macam sedang melancong ke Sri Lanka (jahat kan aku?). Patutlah ada certain orang tak suka naik bus. Lagi sanggup berhimpit dalam LRT. Kalau aku, sekali sekala naik untuk round round KL kira dah okay lah. Kalau selalu, mask penutup hidung dan mulut akan ku bawa ke mana mana (read ; sarcasm).


Sepanjang dalam bus tu, aku tengok ramai gila, LIKE raaaammmmaaaaaiiiiiiii gilaaaaaaaaaaa budak budak baru nak UP hanging around Pavi. Kalau KLCC penuh dengan warga asing time cuti umum, Pavi penuh dengan budak budak sekolah berdiri atau duduk tanpa buat apa. Tanpa hala tuju. Jap jap, aku tak diskriminasi okay. Mungkin dorang ada agenda sendiri macam nak cari awek/pakwe, tunggu awek,/pakwe ,cari barang untuk awek/pakwe atau memang tak ada agenda langsung. Kalau time aku dulu, jenguk KLCC sebulan sekali pun payah kau tahu. Gila jealous dengan budak budak zaman sekarang.

Bus yang separuh abad (aku tipu) tu meredah kesesakan lalu lintas dan stop betul betul depan Lot 10. Kat situ memang pack gilaaaaaaaaa macam ada Justin Bieber tengah nak lintas jalan sebab ada abang abang polis traffic tengah kawal lalu lintas dan manusia manusia yang memegang sepanduk hape ntah aku tak perasaan. Ramai orang sanggup berhenti untuk tengok mogok apakah yang sedang berlangsung di depan Maybank itu. Aku tak nak ambil port benda benda macam tu. Jap jap, aku tak diskriminasi okay. Cuma aku bukan jenis nak melibatkan diri dengan benda yang melibatkan ramai orang dan ramai pihak. It's not my issue therefore it's not my problem.

Fuhh, dah masuk Sungai Wang boleh tarik napas legawww ciket. Penat tau I nak kena harungi jutaan peminat manusia sebelum boleh masuk Sungai Wang. I bukan apa, I tak suka lah nak berselisih bahu dengan orang bukan muhrim plus siap dengan bau macam macam. Paaaannnggg!. Gedik sangat okay. Sungguh aku bukan perempuan gedik. Dalam pada aku duk usha usha kat dalam Sungai Wang tu, aku ternampak sorang awek ni. Fuuyyyyooooooooooooo, sebelah kaki dia, dia tattoo penuh pastukan dia tindik pipi dia or to be exact, dia tindik lesung pipit dia. I'm like double fuyyyooooooooooooooooo macam tut tut tut. Jap jap, aku tak diskriminasi okay. Aku just kagum dengan her dare-to-be-different style. That's what she choose to be and she's comfortable with it. Although some people will look at her and give this smirk look, she just don't care. Orang akan ingat dia jenis perempuan yang sekian sekian sekian tapi we'll never know who's she really are until we get to know her.

Setelah berpenat lelah berjalan non-stop (gila tak?) sampai aku sakit tumit dan sakit pinggang dan jumpa barang yang member cun tu nak, kotirang pun ambil keputusan untuk balik rumah. Ya aku tahu, aku typo tapi aku malas nak backspace. Sampai sampai rumah, opkos aku on FB sebab FB aku dah set sebagai homepage aku (pathethic kan?) dan aku ternampak satu friend share 1 artikel bertajuk " puas hati aku . . .(aku benci orang kelantan dengan terengganu) ". Wooooaaaahhhhhh, gila berani buat statement macam tu. Memang ada kawan kawan aku tak kira laki ke perempuan ada sifat tak suka kat orang pantai timur ni sebabkan penah dipermainkan atau pernah disabotaj oleh mereka mereka. Tapi bukan semua macam tu. Just kita tak bernasib baik sebab bertemu dengan orang yang jahat dalam hidup kita dan kebetulan orang yang jahat tu berasal dari sana. Jap jap aku tak diskriminasi okay dan tak menyebelahi mana mana pihak.


Haha, jahat. Tak baik tau. Monolog dalaman takpe - Tumblr


What I'm trying to say here, jangan lah diskriminasi terhadap sesiapa pun tak kira lah perempuan, lelaki, Cina, India, Melayu, budak bawah umur, Mat rempit, Minah Tattoo, Oghe Kelate,Orang Nogori , kaya , miskin, pandai, tak berapa pandai , kacak, hodoh dan lain lain (tak ada idea). Kasta kasta macam tu tak melambangkan apa apa. Sebab semua orang sameeeee jeeeeeee. Lu pikir la sendiri. Cheers!


p/s ; Peringatan untuk diri sendiri. Jangan memilih sangat kelak orang memilih milih kat kita.

Wednesday, April 20, 2011

Is it?

Assalamualaikum, 


Hey well hello there, today I'm going to introduce myself. My name is Dotdotdot. I was born on fill in the blank at HKL. Eh bukan, atas katil HKL lahh. Okay sila lempang laju laju di atas kepoyoan ntahapehape aku. Aku jumpa this personality quiz kat mana ntah aku pun dah lupa. Nampak sangat aku tak ada kerja lain. Ngeh~. Nanti aku ingat, aku post link website tu . Dah habis jawab, ni ha keputusannya, Jeng Jeng Jeng ;



Your view on yourself:
You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.  

# Intelligent? Yang tu aku tak nak jawab. Hekhek. Honest? Yup, I'm way too honest. Aku adalah orang paling jujur, lurus bendul (bendul ke?) dan tak reti nak menipu. Kahkahkah. Sweet? Sweet la kott.  Friendly? Aku warm up agak lama tapi once dah click, aku tak kan penah stop potpetpotpetpotpet sampai kau sendiri rasa nak stapler mulut aku. Hahaha.


The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.  

# In terms of good-looking tu agak betul. Aku prefer "sedap mata memandang ".Wajah yang cantik dan kacak tak menjamin apa apa.


Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.  

# Not really, I used to be this fall-in-love-hard kinda girl even just a few weeks knowing the guy but now, I'll make sure, kenal betul betul. Tapi kan, manusia ni kalau belum dapat dia lain, dah dapat jadi lain. So kita tak kan betul betul kenal orang tu.


The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

# Aku suka berkawan tapi aku tak flirt. She's the type of girl who stay loyal to one guy when she learns how to love. She's the type of girl I am.


Boring buat entri, berhenti makan Jajan jap.


Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.  

# Yes, very true indeed. Aku selalu fikir yang pelajaran tu dapat mengubah kehidupan seseorang untuk menjadi lebih baik. Tapi zaman sekarang ni, semakin tinggi belajar semakin bertingkat tingkat kebodohannya. Teettt.


The right job for you:
You have many goals and want to achieve as much as you can. The jobs you enjoy are those that let you burn off your considerable excess energy.  

# Yup, many many goals and trying my best to achieve it. I hope the job stated above really does exist.


How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.  

# InsyaAllah. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Tuhan menentukan segalanya.


What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

# 1 thing ; Nobody wants to be lonely.


Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.

# This is so true. Aku memang senang berubah mood. Kejap happy, lima minit jap lagi tiba tiba sedih. Tapi time PMS je la. Ngehngehngeh.



p/s ; Setiap pagi aku makan nasi lemak. Time time macam ni lah nasi lemak nak jadi bahan larangan kat sekolah. Jangan merebak sampai satu Malaysia sudah. Tak dapat lah aku nak gemuk T__T

Sunday, April 17, 2011

Quick.

Assalamualaikum,

Minta maaf atas ke 'emo' an entri sebelum ni. Yeah, I know, toksah duk ingat benda yang lalu. Tapi aku ni jenis susah sikit nak lupa benda benda yang bagi impact besar dalam hidup aku because I don't usually get what I want so I tend to appreciate things too much even it hurts you.

Enough about my emo-ish. Meh nak habaq pasal hobi aku. Hobi aku lately adalah blogwalking. I'm like 24hours kot blogwalking!. What has gotten into me? Maybe sebab aku boring plus aku ni suka membaca so aku blogwalking lah and it gets addicitve. 

Macam macam jenis blog aku jumpa and mengikut kiraan aku, mostly perempuan yang ada blog and it become a trend to have a blog. Selain dapat membocorkan kejadian hari anda, ia sebagai wadah untuk mengekspresikan perasaan anda seperti entri aku sebelum sebelum ni. Okay aku tahu its lame to like telling the whole world what you are feeling right now because you seems like jeopardizing your own reputation. People could care less and they might think you as an emotional-weird-childish-think way too much kinda of person.

Well, who cares right? Macam la dorang kenal aku siapa. Aku tak famous dan tak nak jadi famous. Hanya certain orang je tau aku ada blog dan kepada sesiapa yang aku follow tu, maybe ada yang dapat agak aku siapa so ssshhhh, kita kita je okay, teeheeee. Kalau korang perasaan, aku tak letak pic aku sendiri sebesar besar alam atau nuffnang heartbeat bagai because I choose not to, for now. I wrote for the sake of expressing my thoughts, opinions, experiences (konon) and of course my emotions.


Some updates about me (eceh macam artis la pulak kan),

1) Sekarang asal aku letak kepala ke, lentok kan kepala ke, mesti pening, kenapa eh? Adakah aku mengalami tekanan darah tinggi?

2) Semakin hari semakin banyak makan. Setiap pagi mesti makan nasi lemak. 4kg lagi untuk 50kg!

3) Aku cepat tergoda untuk beli gadget macam DSLR, Handphone, ipod, external HD pastu notebook pun nak jugak. $$$$$.

4) Almost every weekend aku akan keluar menghabiskan masa kat luar. Pergi travel la, windowshopping, tengok wayang. As much time as possible to keep myself busy. Busy + Less reminiscing = Happy me!

5) Aku pernah tulis kat entri sebelum ni yang aku ni tak pernah seumur hidup tengok air laut depan mata. Hari tu dah tengok depan mata kat Batu Ferringhi tapi air laut dia tak secantik kat Terengganu tu. Next stop will be Pangkor, InsyaAllah.






Sekarang ni semua benda yang tak pernah buat sebelum ni, aku teringin nak buat. Macam macam nak buat and the best part is, I'm doing it for my own sake and for my own satisfaction. Not for others.


p/s ; Agak agak jumpa specialist mahal tak? $$$$$$

Monday, April 11, 2011

Memories.

Assalamualaikum,



Have you ever feel sad all of a sudden while thinking about those laughter you've shared? 
Have you ever miss that someone so bad that you wish you've never known them?
Have you ever wish you had an accident and you lost your memory?
Have you ever hope that those bad ending will never happen and all these was just a dream?



I feel sad whenever songs that you used to dedicated for me being played.
Be it at a wedding ceremony,
Be it in the car,
Be it at the cinema watching movie,
Be it in LRT on my way back home.



I miss you so bad that I wish I've never met you.
Never accept that specially made key chain,
Never bought new pre paid number,
Never had that couple ring that en-crave our name,
Never ever had to put my heart in jeopardy.



I wish I had short term memory lost.
When you told me that I had the best voice ever,
When you surprised me with that huge big teddy bear,
When you said that, of all the time in the world, there could never be enough time just to be with me.
When you said, I'm the best thing that ever happen to you.



You've always said that you're not good enough for me,
I'm neither angel nor perfect.
I have flaws and mistakes.
It's not about me being perfect but it's about you being egoist.



Of all those sweet memories that we had,
Bearing this huge pain on my shoulder alone,
Regret encounter me yet revenge was never an option,
For your happiness and for my better days,
Set you free and your new found happiness.



No, I'm not blaming you.
Me who should be blamed for giving too much,
For expecting too much.
Loosen up my wall for you to break in.
I guess I don't remember the word caution when I'm with you.



Once and for all,
Every cloud has its silver lining.



Sincerely yours,
FZM

Saturday, April 9, 2011

Study.

Assalamualaikum,

Entri kali ni pasal study. Untuk bakal bakal yang akan mengambil exam tak lama lagi. Mesti korang tengah bertungkus lumus nak siapkan assignments last minute lecturer bagi kan? Pastu tidur tak cukup sebab nak study untuk beberapa test yang bagaikan tumbuh selepas hujan.



It's so true, LOL - Tumblr

Time nak dekat final exam ni confirm librabry, McD, penuh dengan students yang nak study dengan member member sebab mengantuk katanya study sorang sorang.



In other word, Stado - Tumblr


Time ni barulah nak buat shortnotes, buat past sem questions dan apa apa lagi yang sepatutnya. Last minute kerja memang sinonim dengan students. Tapi tak semua subjek dan tak semua orang sesuai dengan kerja last minute. Nak nak kalau orang tu jenis cepat serabut dengan kerja banyak banyak sekaligus. So here's some tips for those who easy breezy to get "serabut" for this coming final exam. Erkk? Tips ni untuk siapa siapa pun boleh. Just some idea from me and may vary according to one person to another.


1) Baca untuk faham bukan hafal. # Trend sekarang ni kalau dah last minute hafal je. Uish, tu satu cubaan berani mati kot. Sebab kalau hafal, nanti soalan exam putaq belit sikit confirm korang akan blank. Jangan sesekali hafal. Fahamkan dulu lepas tu hafal keyword.


2) Tidur pada waktu. # According to Michael P. Stryker, P.h.D, researcher at the University of California, San Francisco, " If you reviewed your notes thoroughly until you were tired and then slept, you'd achieve as much "learning" in the brain as if you'd pulled an all-nighter repeating your review of the material ". Otak perlu direhatkan setelah penat berhempas pulas untuk anda. Pada waktu tidur lah otak mengatur balik maklumat maklumat penting. Selalunya waktu 1pagi ke atas, otak akan meng "organize" kan maklumat untuk hari itu serta refresh untuk hari seterusnya. Maka tidurlah anda!


3) Latihan. # Tips ni sesuai untuk subjek yang memerlukan calculation. Memang fail (serius!) kalau tak buat latihan calculation untuk subjek yang majoriti calculation (maths!). Nak lagi faham, lepas belajar satu bab tu try buat past sem questions untuk bab tu. Latihkan diri dengan macam macam jenis soalan. Dengan cara tu jugak anda dapat baca pattern atau trend soalan macam mana selalunya akan keluar untuk bab tersebut.


4) Discussion. # Selalunya lepas baca untuk sesuatu subjek tu, korang tak akan faham sepenuhnya. Nak tambahkan lagi pemahaman korang tu, korang buat discussion dengan member member. Nak lagi faham, minta tolong member yang pandai untuk explain balik kat korang atau korang explain balik kat member. It's actually works to strengthen your memory and more understanding about that certain subject. Tapi make sure korang baca dulu subjek tu so that you'll get the idea what your friend was talking about.


5) Waktu petang. # Jangan membaca pada waktu petang. Gantikan subjek baca kepada subjek calculation pada waktu petang. Aku tak tahu sejauh mana kesahihan yang waktu petang tak boleh membaca, tapi yang pasti aku rasa bebal kalau baca waktu petang.


6) Subuh. # Waktu subuh adalah waktu terbaik untuk anda memulakan mentelaah anda untuk subjek membaca sebab waktu tu otak fresh selepas di "organize" pada waktu tidur anda. Waktu tu, otak tak ada apa apa perkara untuk di proses, so sebelum korang hadamkan otak korang dengan benda benda tak patut, korang masukkan maklumat penting sementara otak tengah fresh tu.


7) Minum air. # Sila minum air dengan banyak. Bukan air paip. Bukan air pepsi. Bukan air teh o (aku suka!) tapi air masak, air suam banyak banyak. Hydration is important to keep your brain working. Makan? Itu memang wajib kot.


8) Muhasabah. # Walau apa jua pekerjaan mulakan dengan Bismillah. Doa penerang hati setiap kali nak study. Jangan tinggal solat dan JANGAN SOLAT SEBAB NAK EXAM!. Buat solat hajat mohon kepda Allah SWT kelapangan dada, kecerdasan otak dan keberkatan ilmu yang kita dah belajar. Mohon restu dari mak ayah untuk doakan anakanda semoga dipermudahkan dalam jawab soalan exam nanti, InsyaAllah. Doa dengan penuh pengharapan serta bertawakal setelah anda sudah berusaha dan berdoa kepada Allah SWT. Sesungguhnya, yang terjadi di langit dan di bumi adalah dengan kekuasaan Allah SWT.


Above all, JANGAN MALAS, KALAU MALAS MEMANG TAK JADI HAPE LAHH! (Garang tak? Haha)


Just some of the tips that I usually do whenever exam is just around the corner. Different people different ways of thinking thereof different ways of studying. So Good luck peeps on your final examination. Do your best! 



p/s ; Renewing my life at the moment. Altering the necessities.