Saturday, March 26, 2011

Sulking

Assalamualaikum,

Sulking? What the hell is sulking? Sulking ni dalam English. Dalam maksud bahasa Malaysia sulking ialah merajuk. Merajuk terjadi apabila kemahuan yang memang semahu mahunya mahu tapi tak dapat dilaksanakan atau ditunaikan. Senang cerita, kalau bergaduh dengan pakwe, korang merajuk. Kalau budak kecik tak dapat mainan, dorang akan merajuk hentak hentak kaki. Kalau kawan?

Aku memang disemai dengan naluri tak cepat merajuk sebab mungkin aku dah biasa tak dapat yang aku nak, ingin dan mahu (sadis kan?). So aku agak ralat kalau ada kawan atau member yang merajuk. Sumpah! aku tak reti nak pujuk. Tak reti nak mengayat. Tak tahu nak buat apa sebenarnya. Nak nak kalau dia tak bercakap langsung dengan sesiapa. Sapaan manja di bahu pun dia boleh tepis, avoid eye contact. Memang buntu nak pujuk nak tanya takut tak kena cara. Habis kena marah kalau salah ayat. 


Merajuk secomel ni confirm berderet nak pujuk - Googlestein


Dalam situasi ni aku hanya mampu senyap dan biarkan si merajuk tu dengan perasaan dia sendiri. Biar dia layan perasaan dia. Biar dia pulihkan hati dia sendiri. Bukan aku tak ambil kisah, cuma aku tak tahu macam mana nak pujuk. Dan selalunya merajuk tu akan baik sendiri. Macam kalau orang tu tengah sedih menangis, lagi kita pujuk lagi dia nangis kan? Same goes to sulking. Biarkan si merajuk baik sendiri.

Dapat member yang tak cepat merajuk ni kira bertuah tak? Tak payah susah susah member nak jaga hati sangat. Nak membazir ayaq liuq pujuk kan? Tapi awas! orang yang tak cepat merajuk ni kalau dia merajuk, perghhh! sampai tujuh keturunan susah nak pujuk. Bagi Ferrari sebijik belum tentu dapat pujuk. 


p/s ; Merancang percutian untuk kesekian kalinya. Harap harap plan jadi kali ni, InsyaAllah.

Friday, March 25, 2011

udniR

Assalamualaikum,

Kenangan itu indah walau ada secebis pahit - Google


Aku rindu waktu ;

1) Panjat pagar belakang sekolah semata mata nak lepak cybercafe dan kedai mamak.

2) Menyanyi lagu dalam kelas lepas tu satu kelas buat sesi karaoke berjemaah.

3) Ponteng kelas tambahan semata mata nak tengok cerita drama kegemaran kat rumah member yang tinggal berdekatan.

4) Masak telur guna rice cooker waktu sahur dengan roomate.

5) Stay up sampai 2-3 pagi semata mata nak bahas topik " Kan best kalau orang yang kita suka, suka kat kita jugak ".

6) Langkah dari bilik ke bilik depan tanpa jejak lantai koridor.

7) Pasang radio kuat kuat pastu buat lipsync dengan roomates.

8) Sebelum pejam mata untuk tidur, berfalsafah dengan roomate dalam gelap.

9) Beratur bakul untuk basuh baju guna mesin basuh berbayar.

10) Nak mengomel dengan roomates tentang lelaki yang aku minat.

11) Nak gelak sampai senak perut dengan roomates.

12) Pecut kereta laju laju dari Jitra ke Kangar lalu jalan Kodiang dalam gelap dengan berbekalkan lampu kereta sebagai penyuluh.

13) Ikut giliran memasak lunch dan dinner masa duduk rumah sewa kat Arau.

14) Buat kuih peria sebab dapat free keledek dari abang sayur pasar malam Arau.

15) Lokching.

16) Karaoke sambil buat latihan calculation.

17) Tunggu bus nak pergi kelas.

18) Duduk tengah padang tengah panas pastu jerit kuat kuat.

19) Pecut kereta dari Kangar ke Arau macam main permainan race car.

20) Berhimpit tujuh orang dalam kereta Satria Neo

21) Naik motor pergi pasar malam Arau setiap hari jumaat.

22) Lepak McD lepas sekolah semata mata nak usha mamat Hot.

23) Naik bus tak stabil dari Kuala Pilah ke Seremban.

24) Ke"busy"an dalam menyiapkan assignments.

25) Ketawa tak ingat dunia dengar lawak spontan Puan Zaimah dan En. Shahanif.

26) Beratur masuk Koop berhimpit dengan mamat pantai timur dalam Koop.

27) Pergi kedai Uncle dekat kawasan rumah sewa beli beras.


Masa lalu. Kenangan yang tak mungkin berulang lagi. Rindu dan mahu kembali ke masa dulu. Tanpa masa sekarang kita tak akan mengerti apa itu rindu, apa itu kenangan. Kenangan membuat kita menghargai masa sekarang. Bahagia itu kita pernah rasa. Kenang masa silam yang membahagiakan itu dan senyumlah. Sekurang kurangnya, ia pernah menciptakan kebahagian walau seketika cuma. Kenangan mendewasakan kita.


p/s ; Menjadi satu satunya anak perempuan dalam family buat aku sangat pentingkan member member. Kalau boleh nak lepak, makan, tidur, borak, mandi dengan member member.

Sunday, March 20, 2011

Annoyed.

Assalamualaikum,

Aku nak tanya kat korang, lelaki ni memang di lahirkan dengan low self-esteem atau ego yang melampau tinggi? Perlu ke nak compare compare diri tu. Aku tak faham la. Kalau awek tu pandai sikit, lawa sikit, stylo sikit mula lah nak merendah diri. Mula lah nak kata diri tak setanding dengan awek tu. Suruh awek tu cari pakwe lain. Buat ayat pasrah konon nak uji awek la tuh?



Ego - Googlestein



Kalau tiap kali nak buat ayat pasrah macam tu memang annoying giler lah kan. Dah rasa diri tu tak setanding dengan awek tu, yang lu awal awal gatal tangan nak try test apahal? Lelaki kata nak awek yang confident, independent tapi lu sendiri tak confident pastu bising cakap tak serasi. Test market ke test line ni semua memang dalam agenda manusia. Memang tak dapat dinafikan manusia sentiasa dalam pencarian. Mencari yang terbaik untuk diri sendiri tapi make sure rendah sikit supaya ego tak tercabar, macam tuh?

Sedarlah sikit bhai, perempuan sekarang pandai pandai. Dah kalau rasa diri bengap sangat pepandai lah improvekan diri bukan mengomel tentang ketidakpandaian diri. Berusaha lah untuk menjadi yang terbaik untuk awek korang. Ape? Takut awek lari dengan jejaka genius kacak? Rileks lah, perempuan ni lain sikit. Kami takkan cari orang lain kalau betul betul sayang kat pakwe tapi lelaki sebaliknya. 

Maaflah kalau coretan ni agak bais tapi itu yang aku nampak dalam hubungan lelaki dengan perempuan. Ego ni kalau diturutkan memang hancurkan diri sendiri. Ego dalam pelajaran takpe lah. Tercabar tengok member - member dapat result gempak. Study lebih sikit. Ni ego sebab awek terlalu pandai. Sebab awek terlalu cantik. Derr, kalau awek lu sesuai untuk orang lain, takde makna dia nak buang masa dengan lu, takde makna dia nak berkasih sayang dengan lu yang bengap tu takde makna nak tunggu lu bertahun untuk menjadi yang halal.

Kalau awek tu dapat terima lu seadanya, tak yah nak low self-esteem sangat lah. Kadang kadang takpe lah sebagai peringatan untuk berpijak di bumi yang nyata. Kalau selalu memang nak kena pelempang lah. Grrr!

Bila awek tu betul betul tinggalkan lu baru kesal tak berkesudahan. Lu dapat awek suku suku je pastu duk compare compare awek baru dengan awek lama. Awek lama independent, awek baru sikit sikit nak merengek, sikit sikit nak perhatian yang melampau sampai naik rimas diri sendiri. Menyesal tak sudah bhaii. Nak cari awek lama, terjerat dengan kata sendiri " Once aku dah ludah, tak ada maknanya nak jilat balik ". Termenung la kau sampai masa yang menentukan segalanya.





p/s ; Agak kebengangan entri kali ni. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

Friday, March 4, 2011

Grrrr !

Assalamualaikum.

Petang petang ni sepatutnya aku melepak chill kan diri ini tapi entah macam mana tangan gatal nak merayap kat permukaan muka. Sekali jari jemari halus ini terlanggar bonggol. Wadafish! Jerawat sedang meluaskan penaklukannya terhadap muka aku yang suci ini. Viva lah lu jerawat datang time aku tengah frust menonggeng. Tertonggeng tonggeng aku jadinya. 

Jerawat adalah satu bakteria yang memang merosakkan penampilan seseorang. Tapi ada sesetengah orang nampak manis kalau ada jerawat. Pada yang tak pernah dihingapi jerawat, bersyukurlah anda dan jangan selalu nak mengomel muka tak cukup cantik bagai. Karang Allah SWT tarik balik nikmat baru tahu. 

Orang kata, kalau tension atau putus cinta atau stress, jerawat akan menampakkan diri dia. Betul ke? Aku berpendapat ada betulnya. Sebab bila kau tension, kau akan makan segala benda yang disajikan tanpa fikir kesannya pastu kau jadi serabut sampai jadi malas tahap gaban maka diri jadi tak terurus menyebabkan muka kau berkerut sampai berminyak minyak dan akhirnya wujudlah satu bonggol bernama jerawat.

Benda makan-hormon-hygiene semua bersangkut paut dengan kewujudan jerawat. Apa pun, setakat jerawat yang tumbuh selepas hujan airmata ini takdakhal la weh. Siap kau jerawat, nyah kau dari hidup aku.

p/s ; Manusia tak akan pernah bersyukur selagi tidak ditimpa musibah. Tapi kalau dah di timpa musibah tak bersyukur jugak macam mana?

Monolog

Assalamualaikum

SubhanaAllah Astagfirullah Lailahaillah WaAllahuakbar

Aku hanya mampu mengucap kebesaran Allah SWT tatkala hati ini terasa pedih apabila melihat foto itu. Perasaan apa yang menyelinap di segenap ruang hati ini sukar ditafsirkan. Benci? Marah? Sedih? Geram? Lebih dari itu mungkin. Aku seperti mahu melontarkan kata kata tajam agar dia marah. Ya. Aku mahu dia marah. Aku mahu dia merasakan apa yang aku rasa dan aku mahu dia rasa terhukum dengan perbuatan dia. Tapi aku masih ada harga diri dan masih berpegang dengan agama. Biarlah aku pedih sendiri di kala ini sehingga luput dia dari pandangan mata serta kotak ingatan aku. Kejahilan ku memberitahu agar aku membalas dendam terhadap dia tetapi kesedaran agama ku memberitahu bahawa kita bukan hakim selayaknya untuk menghukum seseorang itu walaupun kesalahan yang dia lakukan adalah pada diri kita. Aku bukan manusia sempurna. Terkadang aku tak mampu mengawal perasaan disebabkan emosi yang berat untuk ditanggung badan. Cara yang terbaik adalah dengan meluahkannya. Tetapi pada siapa? Pada Tuhan sebetulnya.

Cinta memang kejam. Ya, aku menulis mengenai cinta. Isu yang tak pernah basi dan sentiasa diperkatakan orang setiap saat. Pada yang sedang hangat bercinta, berpada pada lah. Berjanji setia bermadah pujangga memang indah memang bahagia. Aku rasa semua itu dan sekarang aku mengalami kepedihan hati akibat terlalu mendodoikan diri dengan kebahagian yang sementara itu. Aku terjatuh dengan teruk sekali. Teruk yang seakan melumpuhkan segala imunisasi badan. Aku lumpuh dek kerana hati yang tidak di imunisasi dengan kekuatan melawan kekecewaan hati.

Menangislah anda semahunya - Googlestein

Manusia berubah tanpa di jangka. Kita sendiri berubah mungkin dari segi pemikiran, bentuk badan, pertuturan malah perasaan terhadap sesuatu berubah tanpa disedari seiring dengan waktu. Dan demi waktu yang berlalu pergi tanpa disedari, perubahan menjadi satu topik yang selalu menjegah otak tatkala dia seakan mengelak untuk berjumpa. Kerana sayang, aku pujuk hati untuk bersetuju dengan pemikiran ku yang memberi alasan positif. Adakalanya hati kita lebih pandai merasa dan terbukti nyata apa yang dirasa itu. Dalam hubungan, tidak akan pernah ada 50% - 50%. Selalunya 60% - 40% dan pasti ada salah satu yang akan berubah hati dan meninggalkan serta ditinggalkan.

Jangan terlampau memberi dek kerana sayang dan jangan terlalu menerima sekiranya hati itu bakal kau lukai. Perasaan adalah suatu yang terlalu sukar diungkap dengan kata kata. Suatu yang sangat berharga kerana ia menyatukan dua insan dan ia jugalah mampu membunuh kehidupan seseorang. " Jangan terlalu sayang kelak kau akan membencinya.", " Kita tak akan selalu dapat apa yang kita mahu ", " Sabar itu pahit pada permulaannya tetapi manis pada penghujungnya ", " Allah SWT telah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya ". Kadangkala kata kata motivasi adalah penawar yang mujarab. Al - Quran adalah yang terbaik untuk dijadikan pedoman. La Tahzan. Hikmah itu pasti wujud di pengakhiran maka bersabarlah wahai hati. Kekecewaan mengajar kita untuk tidak terlalu mengharap. Kekecawaan mengajar kita untuk lebih meredhai. Semoga aku tidak mencari tuhanku dikala susah sahaja bahkan di setiap waktu hendaknya.

Bersujud dan berserah hanya pada yang maha Esa - Googlestein


Berbahagialah kamu dengan apa adanya serta panjatkan kesyukuran terhadap kemanisan yang Allah SWT berikan. Janganlah leka serta lalai terhadap cinta yang diberi. Jadikan ia sebagai satu alat muhasabah diri untuk menjadi lebih baik hendaknya, InsyaAllah.

 p/s ; Syukran Ya Allah.