Friday, March 4, 2011

Monolog

Assalamualaikum

SubhanaAllah Astagfirullah Lailahaillah WaAllahuakbar

Aku hanya mampu mengucap kebesaran Allah SWT tatkala hati ini terasa pedih apabila melihat foto itu. Perasaan apa yang menyelinap di segenap ruang hati ini sukar ditafsirkan. Benci? Marah? Sedih? Geram? Lebih dari itu mungkin. Aku seperti mahu melontarkan kata kata tajam agar dia marah. Ya. Aku mahu dia marah. Aku mahu dia merasakan apa yang aku rasa dan aku mahu dia rasa terhukum dengan perbuatan dia. Tapi aku masih ada harga diri dan masih berpegang dengan agama. Biarlah aku pedih sendiri di kala ini sehingga luput dia dari pandangan mata serta kotak ingatan aku. Kejahilan ku memberitahu agar aku membalas dendam terhadap dia tetapi kesedaran agama ku memberitahu bahawa kita bukan hakim selayaknya untuk menghukum seseorang itu walaupun kesalahan yang dia lakukan adalah pada diri kita. Aku bukan manusia sempurna. Terkadang aku tak mampu mengawal perasaan disebabkan emosi yang berat untuk ditanggung badan. Cara yang terbaik adalah dengan meluahkannya. Tetapi pada siapa? Pada Tuhan sebetulnya.

Cinta memang kejam. Ya, aku menulis mengenai cinta. Isu yang tak pernah basi dan sentiasa diperkatakan orang setiap saat. Pada yang sedang hangat bercinta, berpada pada lah. Berjanji setia bermadah pujangga memang indah memang bahagia. Aku rasa semua itu dan sekarang aku mengalami kepedihan hati akibat terlalu mendodoikan diri dengan kebahagian yang sementara itu. Aku terjatuh dengan teruk sekali. Teruk yang seakan melumpuhkan segala imunisasi badan. Aku lumpuh dek kerana hati yang tidak di imunisasi dengan kekuatan melawan kekecewaan hati.

Menangislah anda semahunya - Googlestein

Manusia berubah tanpa di jangka. Kita sendiri berubah mungkin dari segi pemikiran, bentuk badan, pertuturan malah perasaan terhadap sesuatu berubah tanpa disedari seiring dengan waktu. Dan demi waktu yang berlalu pergi tanpa disedari, perubahan menjadi satu topik yang selalu menjegah otak tatkala dia seakan mengelak untuk berjumpa. Kerana sayang, aku pujuk hati untuk bersetuju dengan pemikiran ku yang memberi alasan positif. Adakalanya hati kita lebih pandai merasa dan terbukti nyata apa yang dirasa itu. Dalam hubungan, tidak akan pernah ada 50% - 50%. Selalunya 60% - 40% dan pasti ada salah satu yang akan berubah hati dan meninggalkan serta ditinggalkan.

Jangan terlampau memberi dek kerana sayang dan jangan terlalu menerima sekiranya hati itu bakal kau lukai. Perasaan adalah suatu yang terlalu sukar diungkap dengan kata kata. Suatu yang sangat berharga kerana ia menyatukan dua insan dan ia jugalah mampu membunuh kehidupan seseorang. " Jangan terlalu sayang kelak kau akan membencinya.", " Kita tak akan selalu dapat apa yang kita mahu ", " Sabar itu pahit pada permulaannya tetapi manis pada penghujungnya ", " Allah SWT telah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya ". Kadangkala kata kata motivasi adalah penawar yang mujarab. Al - Quran adalah yang terbaik untuk dijadikan pedoman. La Tahzan. Hikmah itu pasti wujud di pengakhiran maka bersabarlah wahai hati. Kekecewaan mengajar kita untuk tidak terlalu mengharap. Kekecawaan mengajar kita untuk lebih meredhai. Semoga aku tidak mencari tuhanku dikala susah sahaja bahkan di setiap waktu hendaknya.

Bersujud dan berserah hanya pada yang maha Esa - Googlestein


Berbahagialah kamu dengan apa adanya serta panjatkan kesyukuran terhadap kemanisan yang Allah SWT berikan. Janganlah leka serta lalai terhadap cinta yang diberi. Jadikan ia sebagai satu alat muhasabah diri untuk menjadi lebih baik hendaknya, InsyaAllah.

 p/s ; Syukran Ya Allah.

No comments:

Post a Comment