Tuesday, May 31, 2011

Disclaimer.

Assalamualaikum,


Persoalan yang selalu bermain di fikiran manusia sejagat yang sedang membaca blog ni pada ketika dan saat ini sudah semestinya ; Apa motif wujudnya blog ini? Tiada foto menarik lagi comel untuk dipertontonkan. Tiada karangan lucu untuk dihadapkan. Tiada puisi berfalsafah untuk dihadamkan. Yang ada hanyalah coretan kenangan yang pedih lagi menyedihkan.



Ya, tujuan utama aku hidupkan semula blog ini adalah kerana aku ingin hidup dalam kenangan. At least untuk sementara waktu ini. Sampai bila? Itu aku tak pasti. Aku dalam kemurungan yang agak teruk untuk pertama kali dalam hidup aku. Mungkin luarannya aku kelihatan normal. Aku senyum, aku ketawa, aku bergurau, aku menyakat, aku bersolek, aku makan macam tak hengat dunia (ya, aku kuat makan) dan aku juga ber 'flirting' dengan lelaki lain. Hakikatnya, bila aku keseorangan, saat itu, ingatan itu kembali menjengah. Aku tak dapat lari mahupun kawal benda benda ni.



Aku perlukan sesuatu untuk meluahkan segala isi hati. Selain berdoa dan mengharapkan Tuhan, aku perlu salurkan rasa serta isi hati. Kalau gunakan orang sebagai tempat luah, macam kejam sangat. Tahu je lah manusia, lama lama fed up jugak. Blog adalah medium untuk aku. Kalau yang sudi baca luahan atau tulisan aku yang agak pathetic ni, aku appreciate. Jadi silent reader pun cukuplah. Aku tak kejar trafik mahupun kumpul duit. Cukup sekadar tempat untuk aku menulis meluahkan rasa.



Ada kalanya sebelum aku tutup mata untuk tidur, aku menangis terkenang saat indah bersama dia (jiwang? Ya, I know). Kalau macam aku nangis teruk gila, aku mesti cuba stop dengan tiba tiba. Bayangkan kau nangis gila punya teruk pastu kau paksa diri untuk stop. Memang semput siput sedut lah jawabnya. Dalam pada aku duk teriak bagai nak rak, aku selalu doa mengharapkan Tuhan untuk lenakan aku dalam tidur dan bila aku bangun esoknya, sesuatu yang indah menanti aku. Mengharapkan Tuhan untuk kuatkan semangat aku, mengharapkan untuk masa pantas berlalu supaya aku tidak lagi hidup dalam kenangan.



Aku dikenali sebagai gadis yang ego, hati kering dan sangat kerek. Siapa sangka, kerak nasi yang keras gila di tuang tuang rendam air akhirnya tanggal. Jatuh cinta memang indah dan bahagia tapi tu semua sementara. Benar, yang terindah hanya sementara.



Satu sahaja yang aku tunggu ; saat dimana, aku tidak lagi menulis di blog ini. Saat itu, aku tidak lagi hidup dalam kenangan bersama dia.



p/s ; Buat masa ini, kegembiraan aku adalah hidup dalam kenangan. Aku anggap seperti kami masih bersama, pathetic bukan?

2 comments:

  1. Salam

    kita berkongsi tujuan menulis yg sama..
    :)

    dan dari dulu lg aku berpegang pd kata2 good things dont last forever..

    hargai hari ini. nikmati saat ini. kerana kamu bakal kehilangannya nanti.

    Time heals. InshaAllah

    ReplyDelete
  2. Salam :)

    Terima kasih sbb sudi baca tulisan yg tak seberapa ni. Aku skrg sedang mencuba utk get up dan move on.

    Betul time heals, usaha dan doa seiring. Alhamdulillah boleh dikatakan dah move on sikit lah. Tapi takpe. slow slow.

    La Tahzan :)

    ReplyDelete