Tuesday, January 4, 2011

Sekolah Rendah

Assalamualaikum,

Pagi ni dengar Hotfm discuss pasal " Kejadian di dalam kelas semasa Sekolah Rendah "

Daku terpanggil utk mengupas sedikit pasal ini , sikit je tak lebih, janji.

Aku pun ada kejadian yg tak boleh lupa waktu sekolah rendah dulu. Argh tipu , terlupa jugak sometimes. Patutnya tulis , kejadian yg tersemat di celah - celah otak fikiran aku yg sempit. Haipppp , terlebih pulak.

Waktu tu darjah lima. Memang cikgu dah tentukan kedudukan dalam kelas dan kami duduk ber "partner". Orang sebelah mesti jantina berlainan. Sebab apa? sebab kalau kita duduk sebelah jantina berlainan ni , kita akan jadi pemalu dan bila kita jadi pemalu maka kita tak akan bercakap banyak - banyak hasilnya kelas jadi mudah dikawal. Korang penah tak macam ni masa sekolah dulu? Penah kan , kan , kan ? Tapi sekarang ini budak - budak sekarang ni dah tak ada rasa malu , lagi suka adalah. Apakah? Haktuih ! terludah plak.

Nak dibuat dipendekkan cerita , waktu tu waktu kelas matematik dan cikgunya sangat garang sampai sampai sampai sampai sampai.......dia conteng muka aku dengan kapur. Okay sila gelak kalau nak gelak sebab waktu tu memang aku sadis gila ah bah bah. Dah dah cukup jangan gelak lebih. Nak tau sebab sila habiskan gelak dulu.



" conteng muka dia , muahahahahaha " - Googlestien



Ni semua gara - gara aku tak buat garisan kat tepi dalam buku matematik. Ala , garisan tepi tu, ingat tak? Tak ingat? Ni dah berapa lama korang tinggalkan zaman sekolah rendah? Aku ingat sebab aku baru tinggalkan sekolah rendah 5 tahun -______-"

Kepada Cikgu Rohana ( ingat nama tu , dah kata tinggalkan sekolah rendah baru 5 tahun kan ) , Matematik merupakan subjek favourite saya tau. Alhamdulillah kalau setakat Algebra tu lepas la jugak cikgu  >___<

Okay nak sambung sikit cerita , lepas kena conteng muka tu cikgu suruh duduk tempat duduk . Dengan muka macam pakai temu lawak dan mata dah berkaca - kaca , aku pun melangkah ke tempat duduk sambil menundukkan wajahku sampai tempat duduk , partner aku boleh gelak terkekeh - kekeh. Kurang asam betoi!nasib baik kau lelaki dan kacak lagi bergaya , kalau tak , dah lama dah aku wrestling stone cold steve austin. Pfffttttt.

Itulah kejadian yang tak boleh dilupakan waktu sekolah rendah. Okay tipu , itu yang paling dapat recall pada waktu ini sebenarnya. Ngeee.. Oh ya , I was never lucky when it comes to boys. Enough said.

p/s ; 11 februari ini bakal ke Kelantan dengan menaiki flight, sorang sorang. Can you handle that fatimah ?

No comments:

Post a Comment