Friday, April 8, 2011

Slide.

Assalamualaikum,

Aku sekarang tengah berkira kira nak beli handphone baru sambil berkira kira duit. Handphone aku dah tahap wajib baling kat lombong dah. Alang alang macam dah mampu sikit ni apa salahnya beli yang baru kan. Okay tipu. Aku ni sebenarnya tercabar dengan kecanggihan handphone mak aku. Mak aku pakai Nokia C6 kotttt! Anak dia ni handphone setakat Nokia 6120 Classic yang made in China lagi. Buruk ngupe handphone ni sampai aku sendiri segan nak main SMS kat public. Malu bhaii mak pakai C6, tapi anak pakai 6120 jek.

Sebelum aku duk perabih duit beli handphone baru, kena la survey survey dulu handphone apa yang nak beli sebagai pelaburan jangka panjang. Sedang ber "google" (of course!), aku dah tetapkan yang aku nak handphone slide, not flip not touchscreen (Big NO!) sebab jari aku susah kalau touchscreen and as for flip, aku dah penah pakai so nak try slide pulak. 

Tengah aku bergoogling, meredah masuk mobile88 akhirnya aku telah terjumpa satu handphone yang aku macam terpikat nak beli.



Handphone Aino sangat cantik dan camera pun okay application pun okay la. Aku bukan lah gadget-ish sangat sampai nak Android bagai. Haram jadah tak tahu Android tu menatang hape. HAHA.

Agak agak terasa macam sikit duit ni, maybe beli yang murah sikit macam handphone ni. Cun jugak kan?





Pastu kan, yang ni pun okay kan, kan, kan?



Kalau tiba tiba nak handphone ni boleh tak? Bagi duit lebih boleh? Heeee :D



Kalau Aqua Blue mesti cun kan? - Tumblr



So it's time to decide *sambil kira duit dalam Cimb Clicks.



p/s ; I keep dreaming the same guy for the past 3 days now. Note to self : Put more effort to move on.

No comments:

Post a Comment